KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan kesediaannya untuk berjumpa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di mahkamah.
Ini selepas Teresa hari ini mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Muhamad Akmal dan menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu membayar ganti rugi sebanyak RM25 juta.
Beliau mengemukakan LOD itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners, berhubung kenyataan yang didakwa sebagai fitnah oleh Muhamad Akmal dalam video di aplikasi TikTok, Sabtu minggu lalu.
“Ok nyonya. Kita jumpa di mahkamah. No fear no surrender #drakmalsaleh,” kata Muhamad Akmal menerusi hantaran ringkas di Facebook beliau, hari ini.
Baca artikel lain: Sijil halal: DAP langgar sempadan perbezaan agama yang wajib dijaga – Pas
Sebelum ini, Teresa mempertimbangkan tindakan undang-undang selepas mendakwa Muhamad Akmal didakwa mahu menampal logo tidak halal pada dahi Ahli Parlimen DAP tersebut.
Isunya bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.
Sehari kemudian Teresa mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.
Beliau dipetik mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.
Kenyataan itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

