3 warga Myanmar, seorang lelaki tempatan ditahan babit resit pesanan Domino’s hina Islam

Dari Penulis

EMPAT individu termasuk tiga warga Myanmar ditahan bagi membantu siasatan kes resit pesanan yang mempunyai tulisan menghina agama Islam.

Kejadian berlaku di sebuah restoran rangkaian piza di Kenari Avenue, Bayan Lepas pada 15 Mei.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mereka yang ditahan merupakan tiga warga Myanmar termasuk sepasang suami isteri dan seorang lelaki tempatan di sebuah pondok dalam dusun durian di Sungai Ara, Georgetown.

“Lelaki warga tempatan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas permohonan reman terhadapnya tamat Isnin lalu.

“Setakat ini, kita sudah terima sebanyak 17 laporan polis berkaitan kes berkenaan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Terdahulu, media melaporkan lapan individu termasuk dua pekerja rangkaian restoran piza dipanggil bagi merakam keterangan bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This