Wan Fayhsal ‘salah pintu’, keputusan jualan saham MAHB bukan bawah Kementerian Pengangkutan – Loke

Dari Penulis

MENTERI Pengangkutan Anthony Loke menyatakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan kumpulan pembantah penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) “tersalah pintu” dalam menyatakan protes mereka.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Machang itu sepatutnya mengemukakan memorandum mereka kepada Khazanah Nasional Berhad, bukannya Kementerian Pengangkutan kerana kementerian itu tiada kena mengena dengan tindakan tersebut.

Loke turut menempelak Ketua Pemuda Bersatu itu kerana tidak faham dengan tindakan sendiri walaupun mempunyai status sebagai seorang ahli parlimen.

“Sebenarnya mereka salah pintu… kalau nak hantar memorandum, bantahan, tak sepatutnya pergi ke Kementerian Pengangkutan sebab keputusan (penjualan) itu bukan di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Saya dah nyatakan banyak kali.

“Jadi saya rasa kesal sebab dia ahli parlimen pun tak faham, dia nak hantar memorandum patut cari tempat yang betul.

“Dia salah pintu, patut pergi Khazanah (Khazanah Nasional Bhd), sebab Kementerian Pengangkutan tak ada kena-mengena dengan keputusan ini,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Wisma Monorail di Kuala Lumpur, hari ini, lapor Malaysiakini.

Pada majlis itu, Loke untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang kapten monorel, Ahmad Zaharuddin Nordin, yang bertanggungjawab mengelak kemalangan susulan kejadian pokok tumbang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Loke berkata demikian sebagai mengulas mengenai bantahan berterusan dalam isu penjualan saham MAHB.

Ia antara lain mendorong sekumpulan ahli politik dan aktivis mengadakan bantahan di depan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pagi tadi.

Mereka dilaporkan berdemonstrasi bagi membantah tawaran penjualan saham MAHB kepada konsortium yang dianggotai Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan Blackrock yang memiliki pegangan dalam lima syarikat pembekal senjata kepada Israel.

Mengulas lanjut Loke berkata keputusan untuk mengadakan usahama strategik membabitkan Khazanah bukan di bawah bidang kuasa kementeriannya.

Sebaliknya, kata Loke, Kementerian Pengangkutan hanya bertindak sebagai regulator saja.

“Justeru operator itu nak adakan usahasama dengan siapa, ia di luar kawalan kita (Kementerian Pengangkutan).

“Saya nasihatkan saudara Wan Fayhsal cari alamat yang betul,” katanya secara sinis.

Pada 15 Mei lalu, Khazanah mengumumkan ia kini menerajui sebuah konsortium, Gateway Development Alliance (GDA), bagi tawaran sukarela prasyarat untuk membeli semua saham MAHB yang belum dimilikinya, dengan harga tawaran RM1 seunit.

Pemegang saham konsortium itu turut merangkumi usaha sama antara Abu Dhabi Investment Authority (Adia) dan GIP – menerusi GIP Aurea Pte Ltd.

Susulan itu, beberapa pihak menyuarakan bantahan serta kebimbangan ke atas cadangan penjualan 30 peratus saham MAHB kepada GIP yang juga subsidiari syarikat Blackrock – sebuah firma pelaburan terkait dengan Israel.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This