PEMAIN sayap sensasi Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan sudah dibenarkan keluar dari hospital, hari ini.
Memetik laporan The Star Online, penjaring gol terbaik Piala Asia 2023 itu yang menerima rawatan sejak 5 Mei lalu di sebuah hospital swasta di Shah Alam selepas diserang dengan simbahan asid telah dibenarkan keluar tengah hari tadi.
Menurut laporan itu, Faisal akan meneruskan rawatan di kediamannya.
Pada masa sama, Faisal atau lebih mesra disapa Mickey akan turut menjalani rawatan psikologi dan rehabilitasi.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan kelab itu akan terus memantau perkembangan Faisal bagi memastikan pemain itu dapat kembali semula beraksi.
Baca artikel lain: KP Selangor sahkan CCTV serangan asid libatkan Faisal Halim, siasat pihak sebarkan video
“Kami percaya apa yang terbaik ketika ini adalah supaya Faisal bersama keluarga dan orang tersayang semasa proses ini,” katanya.
Sebelum ini, Mickey menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.
Faisal berada dalam keadaan kritikal selepas insiden tersebut dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran tersebut di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Faisal yang juga pemain sayap kebangsaan menunjukkan perkembangan positif dalam proses rawatannya apabila luka lecuran yang dialaminya itu semakin pulih.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

