KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan video rakaman kamera litar tertutup yang tular memaparkan detik-detik pemain Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim disimbah asid adalah benar.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/5824
Hussein berkata, rakaman tersebut adalah sulit dan merupakan bahan bukti insiden terbabit.
“Polis akan siasat pihak yang menyebarkan video tersebut.
“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan video tersebut bagi menjaga bahan siasatan serta sensitiviti mangsa dan keluarga,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 5 Mei lalu, arena bola sepak tempatan dikejutkan dengan insiden Faisal Halim yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ dalam kalangan peminat, cedera disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya sekali gus menarik perhatian media luar negara termasuk di Eropah.
Pemain yang memenangi gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar, Januari lepas itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad lalu selain pergerakan dan percakapannya turut terbatas.
Sebelum ini, hasil analisis Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati hanya tiga daripada lapan kesan cap jari di lokasi kejadian simbah asid pemain bola sepak kebangsaan itu dikategorikan sebagai cukup sifat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada analisa itu, lima daripadanya tidak cukup sifat.
Polis sudah mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid itu dan meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan diminta tampil bagi membantu mengesan suspek yang menyerang pemain kebangsaan itu.
Suspek dianggarkan berusia 30-an, tinggi 165 sentimeter (cm), tubuh bersaiz sederhana dan kulit sawo matang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

