PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Dalam hantaran di Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, Perdana Menteri menghadap Pemangku Sultan Johor itu di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Hantaran tersebut turut berkongsi beberapa keping gambar memaparkan pertemuan Anwar dengan Tunku Mahkota Ismail.
“Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini 25 Mei 2024. Allah Peliharakan Sultan,” menurut hantaran tersebut.
Baca artikel lain: PM seru generasi muda pertingkat, pertahan perpaduan
Difahamkan, Anwar berada di Johor untuk merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2024 di Plaza Angsana, Johor Bahru, malam ini.
Januari lalu, Anwar turut menghadap Tunku Mahkota Ismail ketika melakukan lawatan rasmi ke Johor.
Beliau sebelum itu bertemu rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong di tapak projek Rapid Transit System Link (RTS Link) sebagai simbolik komitmen kedua-dua negara terhadap projek berkenaan yang sudah mencapai 68 peratus.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

