Fadillah buat tinjauan mengejut ke CIQ Bangunan Sultan Iskandar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof melakukan tinjauan mengejut ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, awal pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook, Fadillah memaklumkan, tinjauan mengejut itu dilakukan bagi melihat sendiri proses perjalanan keluar masuk melibatkan Malaysia dan Singapura.

Sebaik tiba di BSI pada pukul 4.15 pagi, Fadillah berkata, beliau telah meninjau ruang legar yang menempatkan kedai-kedai dan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Katanya, beliau seterusnya meninjau laluan pejalan kaki untuk ke pintu keluar ke Singapura.

“Saya kemudian ke bahagian pasport autogate, imigresen, sistem pengimbas kastam, bahagian motosikal yang menggunakan sistem mbike dan bas.

Baca artikel lain: Pembekalan elektrik tanpa TNB boleh dilaksanakan mulai September – Fadillah

“Saya turut berjumpa dengan pengguna perkhidmatan awam di Bangunan Sultan Iskandar dan para petugas serta melihat sendiri bahagian laluan bas serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbit,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Fadillah turut mengucapkan terima kasih kepada pegawai Imigresen dan polis yang membantu menerangkan proses perjalanan kemasukan pelancong selepas dapat ‘menghidu’ kehadirannya di CIQ itu.

“Terima kasih kepada semua pihak berkuasa berkaitan yang membantu melancarkan tinjauan mengejut saya pagi ini.

“Insya-Allah, hasil tinjauan ini akan dijadikan panduan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan Tambak Johor yang saya pengerusikan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This