KEUNTUNGAN bersih Berjaya Land Bhd bagi suku ketiga berakhir 31 Mac 2024 melonjak kepada RM29.33 juta berbanding RM4.05 juta pada suku yang sama tahun lalu.
Perolehan juga meningkat lebih tinggi kepada RM1.95 bilion pada suku ketiga daripada RM1.93 bilion sebelumnya, dirangsang oleh sumbangan lebih tinggi daripada segmen perniagaan hotel dan resortnya berikutan kadar purata bilik keseluruhan yang lebih tinggi dan kadar penghunian keseluruhan yang lebih tinggi, katanya dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Sementara itu, bagi tempoh sembilan bulan terkumpul, kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih RM10.29 juta berbanding keuntungan bersih RM96.89 juta tahun lalu.
Sementara itu, hasil meningkat kepada RM5.64 bilion berbanding RM5.33 bilion sebelumnya.
-BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

