Pas jadi sasaran kerana kejayaan dalam PRU-15 – Abdul Hadi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS didakwa menjadi sasaran pihak yang ingin memburukkan Islam kerana kejayaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila menjadi parti paling banyak memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperintah.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam catatan Minda Presiden Pas mendakwa, kejayaan parti itu sehingga membuatkan masyarakat ditakut-takutkan dengan jenama bahaya ‘gelombang hijau’.

Beliau mendakwa, Pas secara khusus dan semua kumpulan Islam yang benar-benar menegakkan Islam telah menjadi sasaran fitnah serta tekanan di seluruh pelosok dunia.

Dakwa beliau, ia termasuk kalangan umat Islam yang kini berada di negara-negara Barat, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah serta negara-negara di bawah pengaruhnya yang menjulang demokrasi, namun dinafikan hak kepada kumpulan Islam.

“Diintip segala kesilapan umat Islam atau direka cipta terhadapnya. Apa sahaja perkara kecil akan dibesar-besarkan untuk sebaran atau dicipta yang tiada tindakan semata-mata untuk membawa wajah buruk terhadap Islam.

“Walau bagaimanapun, Pas tetap memilih pendekatan perlawanan secara damai berprinsipkan demokrasi walaupun berlawan di atas padang yang tidak sama rata dan sistem yang tempang terhadap Islam.

“Semuanya merupakan senario yang berlaku dalam usaha menegakkan Islam yang sebenar dan diwajibkan kepada kumpulan Islam menghadapi ujian untuk mencapai kemenangan di dunia dan juga di akhirat kelak,” katanya dalam catatan tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa senjata media digunakan bagi memburukkan wajah Islam dan sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan Islam.

Jelas beliau, apabila berlaku kelemahan manusia pada segelintir kumpulan Islam yang terjerumus dalam kesalahan moral atau jenayah, berita mengenai perkara itu akan diperbesar-besarkan.

Baca artikel lain: Lebih 10,000 calon tidak hadir menduduki SPM 2023

Beliau mendakwa, sekiranya terdapat berita daripada sekolah agama, pondok, sekolah tahfiz atau pun seorang ustaz, imam, orang berkopiah apatah lagi berjubah, perkara itu sengaja diletakkan kopiah atau jubah atau dipakaikan jilbab wanitanya.

Menurut Abdul Hadi, berita seumpama itu diperbesar atau direka cipta seantero dunia, malah diulang dan didramakan dengan lakonan-lakonan yang dicipta supaya dapat menarik perhatian supaya ramai yang membenci Islam dan kumpulannya yang sebenar bagi mencacatkan wajahnya.

“Keadaan ini laksana peribahasa, seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

“Walaupun dalam lapangan yang sebenar, mereka yang tidak berpendidikan agama dan tidak beragama pula macam binatang yang tidak terkira banyaknya melakukan kejahatan tetapi disembunyikan atau ditutup dan dibela kerana mereka itulah bala tentera iblis dan syaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mendakwa apa sahaja langkah menyokong Islam akan ‘dibelasah’ dengan pelbagai tuduhan fitnah dan penghinaan.

Beliau berkata, penentangan dilakukan dengan segala cara, bermula dengan menggunakan platform media melalui tulisan, ucapan, tayangan, lukisan karikatur sehinggakan tindakan yang menyusahkan kehidupan dan tindakan undang-undang yang zalim.

“Ada juga kelompok yang bertopengkan agama bagi mengelirukan dengan menggunakan agamawan atau tokoh-tokoh yang dapat dibeli supaya memutarbelitkan ajaran agama.

“Mereka ialah daripada kalangan agamawan yang berwawasan dunia sahaja tanpa berwawasan akhirat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This