Laporan akhir nahas 2 helikopter TLDM diumum hari ini

Dari Penulis

LAPORAN akhir nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggota di Lumut, Perak akan diumumkan hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

“Dalam mesyuarat Kabinet hari ini (semalam), Menteri Pertahanan ada memaklumkan mengenai status terkini laporan penuh nahas dua helikopter TLDM di Lumut.

“Laporan (akhir itu) sudah siap dan akan diterbitkan esok (hari ini),” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Bekas pengacara Majalah 3 meninggal dunia

Dalam tragedi 23 April lalu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas dua pesawat itu bergesel dan terhempas ketika menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan nahas itu, laporan awal dikeluarkan Lembaga Siasatan dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut mendedahkan terdapat lima fakta berhubung tragedi itu.

Laporan awal itu antaranya menyatakan semua kru terbabit dalam kejadian berkenaan berada pada tahap kesihatan yang baik untuk mengendalikan pesawat dan tahap kelayakan penerbangan kru udara terbabit juga masih sah dan tidak tamat tempoh.

Kedua-dua helikopter itu juga disahkan dalam keadaan selamat untuk terbang pada hari kejadian, dengan pesawat HOM AW139 mempunyai kotak hitam, manakala pesawat Fennec yang dikeluarkan pada 2003 dan berusia 21 tahun tidak dilengkapi peralatan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This