Warga Malaysia maut helikopter terhempas di Filipina

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia antara dua individu maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 505 terhempas di sebuah pekan kecil kira-kira dua jam dari Manila, Filipina pagi tadi.

Memetik laporan Manila Standard, kemalangan pada pukul 7.20 pagi itu turut membuatkan tiga individu lain cedera.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) memaklumkan, helikopter tersebut terhempas di Barangay Quisao, Pilila dalam wilayah Rizal.

Menurut CAAP, helikopter berkenaan sedang dalam perjalanan dari Manila ke wilayah Quezon.

CAAP berkata, pesawat itu mengalami kerosakan teruk akibat impak hentaman di darat.

Agensi itu telah melancarkan siasatan melalui Lembaga Siasatan dan Kemalangan Pesawat untuk menentukan punca nahas yang digambarkan sebagai ‘pendaratan paksa’.

Sementara iu, Datuk Bandar Pililla, John Masinsin memaklumkan, salah seorang mangsa diisytiharkan meninggal dunia di lokasi nahas.

Katanya, seorang lagi mangsa menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di hospital.

“Tiga penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Wilayah Rizal untuk menerima rawatan.

“Juruterbang pula dilapor berada dalam keadaan kritikal dan sedang bersedia untuk dipindahkan ke kemudahan perubatan yang lebih besar,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This