JABATAN Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menubuhkan pasukan petugas khas berperanan melakukan siasatan dan tindakan awal terhadap sebarang aduan jemaah haji negara terkandas di Makkah.
Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata penubuhan pasukan itu merupakan tindakan proaktif bagi menangani isu tersebut.
“Pasukan ini bakal bekerjasama dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan memastikan tindakan selanjutnya diambil berpandukan peruntukan undang-undang tertentu, sesuai dengan kesalahan yang dikesan,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, polis, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Lembaga Tabung Haji masing-masing mempunyai undang-undang berbeza bagi menangani isu berkenaan, bersesuaian kesalahan yang berlaku.
“Justeru, penubuhan pasukan petugas khas ini adalah bagi memastikan sebarang aduan yang diterima, dapat ditangani secara lebih efisien dan berkesan,” katanya.
Ramli berkata, pihaknya menerima satu laporan di Negeri Sembilan yang mendakwa terdapat jemaah haji dari Malaysia terkandas di Makkah pada musim haji tahun ini.
Bagaimanapun, siasatan awal setakat ini mendapati isu dalam kes tersebut adalah menjurus kepada bidang kuasa siasatan Lembaga Tabung Haji, katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

