KERAJAAN Madani komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50 pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada 31 Mei 1974, Malaysia dan China telah membentuk semula landskap geopolitik Asia, dengan memulakan hubungan diplomatik antara kedua negara.
“Malaysia kekal menjadi sebuah negara bukan sosialis pertama di Asia Tenggara untuk merapatkan jurang ini.
Baca artikel lain: Anwar adakan lawatan ke Sabah dan Labuan hari ini
“Walaupun terdapat sebab untuk mengelakkannya – jurang perbezaan ideologi kami, perbezaan yang nampak tidak selari – pemimpin kami berani untuk berfikir di luar kebiasaan dan bertindak berani. Langkah ini telah berkembang menjadi satu perkongsian yang hebat dan bermanfaat.
“Kerajaan Madani komited untuk memupuk hubungan penting ini demi kemakmuran rakyat dan seluruh rantau ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Anwar berkata, beliau teruja untuk menerima lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia bagi meraikan peristiwa bersejarah ini.
- BERNAMA
- Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
- Ikuti langkah ini:
- Langkah 1: Layari utusantv.com
- Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
- Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
- Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
- Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

