BELLA Astillah dan Didi Astillah, dua beradik selebriti yang yang pernah mencuri perhatian ramai dengan gandingan mereka untuk lagu kanak-kanak yang dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara kini tampil dengan lagu terbaharu, Bermanja-manja.
Selepas 18 tahun bersama dalam industri nyanyian, ini merupakan kali pertama mereka digandingkan untuk lagu runut bunyi bagi drama eksklusif di Tonton, Leha Leya Lawa.
Lagu Bermanja-manja, yang berunsurkan Bubble Pop, hasil idea daripada Mas Dewangga dan Jova Devito sebagai komposer dan penulis lirik bersama dengan Alternate Records & Talents.
Genre yang dipilih ini bersesuaian dengan karakter Bella dan Didi yang ceria serta keunikan nada suara mereka yang sesuai menyampaikan genre muzik seperti ini.
Lagu ini menceritakan tentang seseorang yang ingin memiliki cinta sejati, tidak mahu ditukar ganti dan tidak inginkan halangan dalam percintaan.
Apabila ditanya mengenai pengalaman sebagai komposer dan penulis lirik ketika mengadakan sesi rakaman lagu bersama Bella dan Didi, Mas Dewangga berkata, mereka sangat memberi kerjasama, kreatif sangat memberi kerjasama, kreatif dalam memberi idea dan perkongsian ketika sesi rakaman.
“Dari segi penghayatan juga saya sangat berpuas hati kerana menepati apa yang ingin disampaikan. Saya berharap agar lagu ini akan hits di semua platform dan akan menjadi lagu wajib dengar.
“Lagu ini amat bersesuaian dengan semua orang dan juga kepada sesiapa yang sedang mengalami masalah dalam hubungan percintaan yang ada kalanya bergolak dan ada kalanya indah.
“Lagu ini juga bermaksud cinta tidak memandang kepada umur, yang penting setia dan ikhlas dalam perhubungan.
“Lagu ini juga mengajar kita akan pentingnya menjaga hati pasangan, biar cinta kita sentiasa mekar macam bunga yang di petik dan di jaga dengan baik kerana cinta perlu di baja,” tuturnya.
Sementara itu, bagi Bella dan Didi, mereka amat berbesar hati dan gembira kerana diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu Bermanja-manja yang menjadi lagu runut bunyi bagi drama Leha Leya Lawa di TV3.
“Lagu ini merupakan lagu yang sangat ceria, lirik yang mudah difahami dan sangat santai membuatkan kami berjaya merakamkan lagu ini hanya dalam masa dua jam serta dengan keadaan tenang dan tidak tertekan.
“Proses rakaman juga menjadi mudah kerana hasil kerjasama dengan Mas Dewangga sangat membantu, kerana dia tahu apa yang terbaik untuk kami serta banyak memberikan idea-idea yang secara tidak langsung membangkitkan rasa senang untuk bekerjasama.
“Kami juga selalu berhubung untuk lagu ini. Dari segi perbincangan dan persefahaman pula sangat mudah kerana bergandingan bersama adik kandung.
“Kami berharap agar Bermanja-manja terus mendapat tempat di hati pendengar, sama ada peminat Malaysia mahupun luar negara dan berharap menjadi trending di TikTok. Teruskan mengikuti kami di semua platform media sosial ya!,” tambah mereka.
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Bermanja-manja nyanyian Bella dan Didi yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music.

