Ibu bapa Zayn Rayyan direman 7 hari, ditahan ikut Seksyen 302 KK

Dari Penulis

KETUA Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang meninggal dunia dipercayai dibunuh di Damansara Damai, tahun lalu telah direman selama tujuh hari.

Menurut Hussein, kedua-duanya mereka ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, penahanan pasangan suami isteri itu mengikut maklumat risikan dan siasatan sejak hari pertama kejadian itu berlaku iaitu pada 6 Disember tahun lalu.

“Tangkapan berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang. Tangkapan ini membantu siasatan.

“Mereka direman pagi ini. Siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh),” katanya kepada UtusanTV.

Terdahulu, media melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan itu telah ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Pasangan berusia 28 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Baca artikel lain: Polis tahan ibu bapa Zayn Rayyan pada pagi Jumaat

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai pada sekitar pukul 12.30 tengah hari selepas pulang dari sekolah.

Kehilangan Zayn Rayyan itu membuatkan kumpulan penduduk di kawasan apartmen berkenaan mengaktifkan operasi mencari.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu ditemukan meninggal dunia dalam keadaan mengiring berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya pada keesokan harinya.

Bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan mangsa.

Kes itu diklasifikasi bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pelbagai pencarian bahan bukti dilakukan pihak polis di sekitar Apartment Idaman termasuk mengumpul 248 sampel DNA individu dan merakam keterangan saksi yang terdiri daripada ahli keluarga, guru dan penduduk flat berkenaan.

Februari lalu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Selangor menawarkan ganjaran wang berjumlah RM20,000 kepada mana-mana pihak yang membantu polis sehingga tertangkapnya pembunuh Zayn Rayyan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This