Komitmen Tunku Mahkota Ismail diharapkan semua rakyat – PN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) percaya komitmen dizahirkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada kedaulatan serta proses undang-undang, menolak tindakan atau ugutan yang menyalahinya serta jaminan keadilan kepada mangsa adalah sesuatu yang diharapkan semua rakyat.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PN turut menyambut baik dan menjunjung kasih atas kenyataan berprinsip yang dikeluarkan Tunku Mahkota Ismail.

Ia terkait kes seorang anggota pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU), Selasa lalu.

Takiyuddin berkata, komitmen dizahirkan Tunku Mahkota Ismail juga merupakan cerminan kepada mutu kepimpinan baginda.

“Komitmen sedemikian juga boleh menjadi obor harapan bahawa negara berupaya pulih daripada kesan buruk penyakit kronisme, pendakwaan terpilih, kolusi, salah guna kuasa dan sebagainya yang menjangkiti kita sejak sekian lama.

“Tanpa komitmen dan keazaman politik yang kukuh, semua cakap-cakap, slogan atau impian sebuah masyarakat dan negara yang berintegriti, maju, adil serta telus akan kekal sebagai kata-kata, slogan dan impian tanpa pengisian serta pembuktian,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Tunku Mahkota Ismail gesa siasatan menyeluruh pengiring PDRM pukul pemandu e-hailing OKU

Mengulas lanjut, Takiyuddin turut mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan menyeluruh dengan pihak-pihak terlibat akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan.

“Jaminan beliau bahawa tiada pelaku akan dibenarkan terlepas daripada tindakan tegas tanpa kompromi serta komitmen pasukan untuk mempertahankan keadilan dan melindungi hak individu juga disambut baik,” katanya.

Semalam, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-hailing OKU.

Tunku Mahkota Ismail turut menegaskan tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.

Pada masa sama, Pemangku Sultan Johor itu juga menggesa semua pihak supaya membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Tunku Mahkota Ismail turut menyifatkan tindakan pegawai pengiring itu tidak wajar dikaitkan dengan dirinya dan seluruh institusi diraja.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This