PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU).
Dalam hantaran di akaun X, Tunku Mahkota Ismail turut menegaskan tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.
Pada masa sama, Pemangku Sultan Johor itu juga menggesa semua pihak supaya membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.
“Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.
“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa,” titah Tunku Mahkota Ismail dalam hantaran tersebut, hari ini.
Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 31, 2024
Saya tidak… pic.twitter.com/WHw8akC0yk
Baca artikel lain: Kes pengawal peribadi TMJ pukul pemandu e-hailing diselesai cara baik
Tunku Mahkota Ismail turut menyifatkan tindakan pegawai pengiring itu tidak wajar dikaitkan dengan dirinya dan seluruh institusi diraja.
“Saya sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” titahnya lagi.
Rabu lalu, pemandu kenderaan e-hailing OKU yang mendakwa dipukul seorang pegawai pengiring rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara pada Selasa, telah menarik balik laporannya pada hari yang sama.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dalam satu kenyataan pada Rabu lalu dilaporkan berkata, pemandu OKU berkenaan telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama.
Terdahulu, media melaporkan, pemandu e-hailing OKU berkenaan membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal pengiring ketika menunggu penumpang di sebuah hotel dekat KL Sentral.
Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala ketika diminta untuk mengalihkan kenderaannya. Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

