TV3 takluk LRT laluan Kelana Jaya dengan visual program

Dari Penulis

SELAMAT Hari TV3! Sempena meraikan ulang tahun ke-40 ini, TV3 mengorak langkah dengan menakluki kereta api LRT bagi laluan Kelana Jaya dengan memaparkan beberapa koc yang dibalut khas dengan visual penjenamaan baharu TV3 sehingga 19 Jun 2024 ini. Terdapat empat koc yang telah dibalut dengan corak atau visual yang berbeza bertujuan untuk menyampaikan mesej yang melambangkan identiti setiap slot. 

Balutan Baharu LRT yang membawa jenama TV3 ini bagaikan kanvas bergerak menelusuri laluan Kelana Jaya dengan bergaya membawa grafik tujuh slot utama TV3 ke pengangkutan awam. Orang ramai berpeluang merakamkan momen indah ini sekaligus memberikan pengalaman baharu kepada penumpang.

Inisiatif ini bertepatan dengan ulang tahun ke-40 TV3 dan merupakan sebahagian daripada usaha untuk penjenamaan baharu imej yang bakal menggantikan tujuh tonggak tersebut bagi memberi sedikit gambaran awal kepada perubahan akan datang di slot-slot TV3. 

Tujuh tonggak utama slot program di TV3 itu terdiri daripada 9PM, Drama, Wanita, Hiburan, Jaguh Kartun, Hidupkan Pagi dan Raudhah. Selain dari meraikan ulang tahun ke-40, pendekatan ini bertujuan untuk memberitahu kepada penonton setia TV3 bahawa setiap slot mempunyai arah yang jelas menerusi genre masing-masing. Berikut merupakan corak atau visual yang telah dibalut dengan penjelasannya:

ULANG TAHUN TV3 

Penampilan ini melambangkan keseragaman yang sesuai untuk setiap slot yang menghiasi TV3. Sentuhan corak yang lebih moden dan dinamik ini melambangkan identiti TV3 yang kini telah menginjak usia ke-40 tetapi kekal sentiasa meneroka inovasi-inovasi yang baharu dalam bidang penyiaran demi mengekalkan stesen televisyen kami kekal menjadi peneraju dalam membawa berita terkini, hiburan berkualiti dan program-program berinformasi.

HIBURAN

Pilihan warna memukau yang digunakan ini melambangkan keberanian dan keceriaan program-program hiburan di TV3. Imej simbolik seperti mikrofon dan lampu set penggambaran itu mencerminkan hiburan yang lagi berkualiti dan segar yang sentiasa diterapkan dalam slot hiburan seperti program Melodi, Mbuzz, Muzik-Muzik dan banyak lagi 

DRAMA SANGAT

TV3 amat terkenal dengan slot drama yang sentiasa menjadi pilihan utama bagi menemani penonton setianya. Reka bentuk yang menggunakan warna yang meriah menampilkan identiti unik, gaya dan elemen tersendiri setiap slot seperti Akasia, Samarinda dan Lestary.  Selain itu, ia juga menggambarkan kepelbagaian suasana hati dan emosi penonton ketika menonton drama.

RAUDHAH

Reka bentuk yang berkonsepkan minimalis gabungan idea tiga program utama iaitu Tanyalah Ustaz, Halaqah dan Al-Kuliyyah ini tampil kekal anggun dengan dimensi corak dan penyampaian mesej yang terang mengenai Islam.  Warna yang digunakan iaitu warna lembut ini terinspirasi oleh bunga dan daun yang melambangkan keindahan alam ciptaan-Nya yang suci, cantik dan ceria.. 

9PM

Corak abstrak atau grafik yang diketengahkan di koc ini mencipta perasaan misteri dan perasaan ingin tahu yang sesuai dengan program slot 9PM seperti 999, Majalah 3 dan Fail Mahkamah. Gabungan elemen yang membentuk percikan air memberikan interpretasi misteri yang sejajar dengan elemen program yang termasuk dalam slot 9 Malam ini. Gabungan percikan air tersebut kemudian membentuk visual seakan manusia seperti mata dan wajah. Ia selari dengan program seperti 999, Majalah 3 dan Fail Mahkamah yang mengetengahkan topik berkaitan kehidupan sosial dan kemanusiaan.

HIDUPKAN PAGI 

Mulakan hari anda dengan menonton program-program di slot Hidupkan Pagi yang sentiasa menyinari pagi anda menerusi program-program seperti Malaysia Hari Ini, Cempaka, Buletin Pagi dan Lifestyle. Elemen-elemen visual segar seperti corak sinar matahari ini amat unik dan relevan untuk mencerminkan setiap program yang disiarkan. Corak seperti ini memperkukuhkan lagi identiti dan tema program di slot ini yang memberikan kesan yang segar dan bersemangat kepada penonton.

WANITA

Pemilihan corak yang berasaskan warna palet ini menunjukkan unsur feminin yang tampak lebih elegan dan menawan. Simbol dan imej yang ikonik yang menyeluruhi ruang itu mencerminkan set rakaman program slot wanita yang terdiri daripada Wanita Hari Ini, Women Talk dan Nona.

Jangan lepaskan peluang untuk terus berinspirasi bersama TV3 dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disediakan sempena ulang tahun kali ini menerusi kolaborasi bersama dengan Galeri Seni Digital di Muzium Telekom. Pengunjung dijemput hadir ke Muzium Telekom untuk saksikan pameran seni digital, Immersio: Inspirasi Generasi TV3 bermula 20 Mei hingga 9 Jun 2024 dan pelbagai lagi aktiviti lain seperti Inspirasi Pameran Seni Kontemporari Digital (audio & visual), Inspirasi Bazar (1 & 2 Jun) dan Lights & Art Expressive Showcase – persembahan dari artis-artis terkenal (1,2 & 8,9 Jun).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This