Anak Wawa Zainal & Aeril Zafrel trauma berlakon adegan dicekik Adlin Aman Ramlie – “Tapi babak itu menjadi”

Dari Penulis

PELAKON Wawa Zainal mendedahkan anak perempuannya iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, trauma selepas menyelesaikan satu babak dalam filem Abnormal Buas bersama pelakon Adlin Aman Ramlie.

Menurut Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 33, anaknya secara tidak sengaja menangis ketakutan dan kesakitan ketika melakonkan adegan dicekik oleh Adlin.

“Ada satu babak, Adlin pegang macam cekik dia (Hayla), pastu dalam babak itu dia menangis dan rupa-rupanya betul-betul menangis sebab takut sangat dan dia sakit.

“Tak biasakan, dia memang sangat pemalu sebab Adlin seorang lelaki. Jadi bila ada orang peluk dan ‘grab’ dia seperti itu, dia menangis campur takut dan malu, semua ada. Tapi babak itu menjadi” katanya kepada URTV.

Sementara itu, Aeril Zafrel yang juga bapa kepada Hayla berasa lega kerana babak tersebut merupakan lakonan terakhir bersama Adlin. Namun, ia memberi kesan trauma sehingga anaknya itu enggan menerima tawaran berlakon lagi.

“Mungkin kalau ada lagi babak dengan Adlin, dia takut. Dia trauma juga dan takut untuk berlakon lagi.

“Tapi nasib baik babak itu yang terakhir dengan Adlin. Jadi trauma dia, kita dapat selamatkan,” ujarnya.

Kenyataan ini dikongsikan oleh mereka semasa ditemui di majlis sidang media pelancaran novel adaptasi filem Abnormal Buas di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, semalam.

Difahamkan, filem Abnormal Buas akan mula ditayangkan di seluruh pawagam negara pada 20 Jun ini.

Naskhah tersebut menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Aeril Zafrel, Kodi Rasheed, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi.

Ia merupakan terbitan kedua Respected Citizen Production selepas Sabda Kekasih.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This