Bersatu sah gugur keahlian 6 Ahli Parlimen, seorang ADUN serta-merta

Dari Penulis

ENAM Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

“Parti sudah bermesyuarat. Mereka gugur keahlian automatik,” katanya ringkas.

Surat arahan itu dikeluarkan bagi mereka menzahirkan pendirian berkaitan kesetiaan terhadap parti, yang dibuat susulan pindaan ke atas Fasal 10 dalam Perlembagaan Bersatu yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Baca artikel lain: Bekalkan polis peralatan lebih canggih, banteras jenayah – Zahid Hamidi

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, seramai 25 Ahli Parlimen dan 58 ADUN sudah menandatangani surat menyatakan kesetiaan kepada parti itu.

Ia bermakna enam Ahli Parlimen iaitu mereka yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan sebarang maklum balas seperti diarahkan Bersatu.

Enam Ahli Parlimen terbabit adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Dengan perkembangan terbaharu itu, Wan Ahmad Fayhsal mengesahkan Bersatu akan sekali lagi membawa keputusan berkaitan kedudukan wakil rakyatnya itu kepada pengetahuan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam masa terdekat.

“Ya,” katanya ketika diminta mengesahkan sama ada Bersatu akan sekali lagi mengemuka notis kepada Speaker Dewan Rakyat bagi menentukan kedudukan semua wakil rakyat berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This