MENAWARKAN caj kosong peratus komisen daripada perkhidmatan ditawarkan, MyRide menarik minat para pemandu e-hailing yang berhasrat mencari sumber kewangan lebih baik demi kelangsungan hidup semakin mencabar.
Ianya lebih baik berbanding perkhidmatan e-hailing lain yang mengambil komisen di antara 15 ke 20 peratus upah bagi setiap perjalanan dan perkara ini nyata memberikan kesukaran kepada pemandu.
Salah seorang pemandu MyRide, Anoop Sharma berkata, syarikat e-hailing milik anak tempatan itu lain daripada yang lain kerana menggunakan sistem langganan tanpa sebarang komisen daripada pemandu.
Ujar beliau yang kini berusia 32 tahun, sistem tersebut sangat berbaloi selaras dengan matlamat penubuhannya iaitu membantu pemandu mencapai kehidupan lebih baik.

“Saya pilih untuk bertukar kepada MyRide sebab tiada tolak komisen, gunakan sistem langganan. Jadi terpulang kepada pemandu dan ia lebih berbaloi kepada pemandu.
“Kita cuma bayar sekali dan berapa perjalanan yang dapat kiranya kami akan dapat (untung) bersih. Itu yang kita nak sebenarnya dan syarikat e-hailing perlu faham apa yang pemandu mahukan,” katanya ketika ditemui UtusanTV, baru-baru ini.
Baca artikel lain: MARA jalin kerjasama strategik bersama pemain industri di China – Asyraf Wajdi
Setakat ini sudah terdapat lebih 1,000 pemandu e-hailing menggunakan perkhidmatan MyRide.
Harga lantai bagi perkhidmatannya adalah RM7, dengan caj RM1.25 sekilometer dikenakan, selain upah mengambil serendah 80 sen sekilometer.
Bagaimanapun, harga berkenaan hanya akan berkuat kuasa pada 1 September depan.
Sementara itu, Muhamed Khaidir Ibrahim, 54, yang sudah berkecimpung dalam dunia e-hailing sejak tahun 2015 melihat perkhidmatan MyRide sebagai penyelamat kepada pemandu ketika berdepan dengan situasi harga ‘Rahmah’.

Katanya lagi, MyRide menawarkan tambang lebih adil dan situasi menang-menang di antara pemandu dan juga pelanggan.
“MyRide lahir apabila berlakunya tambang ‘Rahmah’ sejak kebelakangan ini, wujudnya MyRide apabila syarikat ini menawarkan perkhidmatan dengan sistem langganan.
“Kita kena sokong MyRide kerana ia adalah satu jenama tempatan yang lahir di Malaysia dan kami punya tawaran lebih kepada tambang adil. Harga kami mengikut harga yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” katanya.
Buat masa ini MyRide hanya menerima bayaran secara tunai dan pada masa hadapan mereka bakal menjalinkan kerjasama dengan syarikat gergasi e-wallet negara.
Kepada mereka yang berminat boleh melayari laman sosial MyRide atau laman web www.myrideasia.com, [email protected] dan menghubungi terus di talian 03-7886 0254.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

