“Gajet musuh kepada fokus,” – Pelajar Syahadah dan hafaz Al-Quran dalam tempoh setahun. Akmal HQ mulakan gerakan lahirkan generasi pencinta Al-Quran

Dari Penulis

Membina strategi dalam mengukuhkan sistem pendidikan umat Islam, Akademi Al Quran Amalillah (Akmal) melaksanakan misi untuk menjadikan pelajar hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh satu tahun. 

Berpusat di Marang, Terengganu dan telah beroperasi sejak 2018, Akmal yang memiliki tujuh cawangan ini berkonsepkan SPEED TAHFIZ PROGRAM [STP]. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Akmal, Mohd Saifullah Hussin, ini merupakan gerakan Akmal dalam melahirkan golongan profesional daripada kalangan penghafaz Al-Quran.

“Ini merupakan gerakan asas dalam melahirkan pencinta ilmu Al-Quran dalam bidang profesional. Kami mahu membentuk masyarakat yang menerapkan Al-Quran dalam sistem kehidupan, selaras dengan tagline kami, ‘Profesional di bidang, Murabbi di zaman’.

“Kami tidak mahu stereotaip hafiz Al-Quran menjadi ustaz. Kami mahu semua golongan profesional hafaz Al-Quran dan menerapkan ilmu itu dalam bidang mereka seperti ilmuan Islam suatu ketika dahulu. Setiap ilmu dan profesion dilihat dari perspektif Al-Quran. Itulah yang cuba diusahakan di Akmal dengan melahirkan huffaz Al-Quran yang berjaya dalam bidang pengajian Al-Quran dan juga akademik. Buktinya semakin ramai pelajar cemerlang terdiri daripada penghafaz Al-Quran,” katanya ketika ditemui.

Ketua Pegawai Eksekutif Akmal, Mohd Saifullah Hussin

Menzahirkan rasa bangga berjaya melahirkan Hafiz dan Hafizah dalam tempoh setahun, kata Saifullah, institusinya mengaplikasikan enam strategi dalam kaedah pembelajaran.

Ini secara tidak langsung menunjukkan komitmen mereka dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk penghafal Al-Quran.

“Untuk hari ini, seramai 86 pelajar berjaya Hafiz dan Hafizah 30 juzuk Al-Quran manakala 19 orang pelajar berjaya Syahadah Al-Quran. 

“Akmal mengaplikasikan enam strategi untuk melahirkan penghafaz Al Quran dalam tempoh setahun. Selama ini, tempoh bagi seseorang pelajar menghafaz Al-Quran adalah antara tiga hingga lapan tahun. Berkonsepkan SPEED TAHFIZ PROGRAM [STP] , Modul AKMAL dicipta agak berbeza, dengan menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, Kajian pelajar secara bersasar dan kaedah pengurusan psikologi.

“Dan cukup membanggakan, saban tahun tahap penguasaan pelajar semakin hebat dan masing-masing bersaing secara positif apabila melihat rakan-rakan yang lain Syahadah dalam tempoh yang singkat. Ada yang berjaya Syahadah hanya dalam tempoh tiga bulan,” tambahnya lagi.

Mengutamakan pelajar yang lancar dalam bacaan Al-Quran dan punya keinginan untuk menjadi hafiz, katanya saringan kemasukan dilakukan bagi memastikan pelajar bersedia daripada segi mental dan fizikal dalam mengharungi cabaran menjadi ahli Al-Quran.

“Walau bagaimanapun, kami melakukan proses saringan untuk kemasukan di mana pelajar harus mempunyai asas dan lancar membaca Al-Quran. Dan paling penting anak-anak sendiri ada niat untuk menjadi Hafiz dan Hafizah Al-Quran, bukannya kerana desakan ibu bapa.

“Kami gunakan sistem motivasi agresif dan persekitaran bagi membantu kejayaan pelajar. Bagi Akmal, gajet merupakan musuh kepada fokus. Untuk menghafaz Al-Quran, anak-anak wajib menguasai fokus. Jika fokus terganggu, amat sukar untuk proses pembelajaran dan akan melambatkan pemahaman dan ingatan,” ulasnya yang turut mempunyai cawangan di Shah Alam, Rawang, Batu Pahat, Pasir Mas Kelantan dan KLIA.

Terdahulu, Akmal meraikan konvokesyen ke-5, menandakan pencapaian dan perkembangan yang pesat dalam tempoh masa yang singkat sejak penubuhannya. Ini juga mencerminkan kesungguhan mereka dalam menghargai dan mengiktiraf pencapaian pelajar-pelajar mereka.

Dalam pada itu, Engku Sofiah Engku Saharuumnizam berjaya memenangi pakej umrah di mana dia menjadi pelajar pertama berjaya mencapai misi hafiz 30 juzuk Al-Quran di Akmal dalam tempoh lima bulan dan 10 hari.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This