Bagaimana untuk membentuk disiplin di kalangan anak-anak berusia antara empat hingga lapan tahun?

Dari Penulis

Usia sebegini ialah yang terbaik untuk memulakan sebuah sistem peraturan di rumah. Pertama sekali, ibu bapa perlu faham bahawa pembentukan disiplin yang berkesan bermula dengan sebuah proses rundingan, bukannya paksaan. Ia juga perlu telus dan jelas agar dapat difahami dan diterima oleh anak-anak.

Terdapat 3 langkah utama yang ibu bapa perlu lakukan untuk memastikan proses ini berlaku dengan teratur dan penuh kasih-sayang:

1. Kenalpasti apakah elemen-elemen penting yang perlu ada dalam keluarga anda. Contohnya, bilakah waktu makan, waktu bermain, waktu berehat, waktu belajar dan waktu tidur. Bincang bersama- sama dengan seisi keluarga, termasuk ibu bapa, anak-anak, mertua malah pembantu rumah juga. Ini adalah untuk memastikan setiap pandangan mereka diambil kira. Jika tidak, ada terdapat kemungkinan sesuatu elemen penting mungkin tertinggal ataupun akan ada pihak yang tidak berpuas hati.

2. Lebihkan rundingan: kebanyakan elemen disiplin yang dibincangkan adalah boleh dirundingkan, kecuali beberapa perkara yang berkaitan agama seperti waktu solat contohnya. Proses rundingan hendaklah dilakukan dengan terbuka, bukannya dengan paksaan.

Hormati pandangan anak-anak walaupun kita tidak semestinya bersetuju dan mengikuti segala kehendak mereka. Tetapi jika proses rundingan dijalankan dengan baik, anak-anak akan jauh lebih mudah untuk mendengar kata ibu bapa.

3. Bincangkan dan setujui sebuah sistem anugerah dan hukuman. Pinta anak-anak cadangkan perangai bagaimana yang patut mendapat perhatian positif dari ibu bapa, termasuk menerima “anugerah”. Ianya tidak semestinya dalam bentuk kewangan; memadai dengan pemberian pujian, pelukan atau ciuman, atau keistimewaan untuk menggunakan gajet ibu bapa (ipad, telefon bimbit atau komputer).

Ulangi proses ini tetapi untuk sistem hukuman pula. Senaraikan bersama-sama jenis-jenis kesalahan yang biasanya berlaku di rumah anda dan persetujui apakah bentuk hukuman yang sesuai. Jenis hukuman tidak perlu berbentuk fizikal tetapi lebih kepada pemotongan keistimewaan seperti pengurangan masa komputer, TV dan sebagainya.

4. Langkah terakhir ialah penguatkuasaan. Pinta anak-anak untuk menulis sendiri jadual kehidupan harian mereka dan juga hasil-hasil perbincangan di atas sehelai kertas. Tampalkannya di tempat terbuka seperti di dinding peti sejuk. Inilah pentingnya penglibatan semua pihak seperti mertua dan pembantu rumah – mereka seolah-olah bertindak sebagai “polis” untuk mengawasi tahap disiplin anak-anak sebagaimana yang telah dipersetujui di atas.

Walaupun proses ini nampak tegas dan berstruktur, ia sebenarnya amat berkesan kerana anak-anak merasakan pandangan mereka telah diambilkira dengan sewajarnya dan sistem disiplin itu adalah sesuatu yang amat adil untuk mereka


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

The Mangrove at Carey Circles, destinasi percutian serba lengkap di Pulau Carey

PULAU Carey merupakan sebuah pulau kecil di Kuala Langat, Selangor yang mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak sedar...

More Articles Like This