PAS mendedahkan sudah memiliki senarai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, bagaimanapun ia belum dimuktamadkan dan pihaknya masih membuka ruang kepada pandangan termasuk di peringkat akar umbi.
“Senarai pendek dah ada namun belum serah kepada Pusat. Kita masih buka ruang untuk pelbagai pihak memberi cadangan seperti daripada Dewan (Pemuda dan Muslimat) dan Pas Kawasan.
“Walaupun senarai yang berpotensi sudah ada, kita kena buat beberapa kajian sebelum menyerahkannya kepada pimpinan Pusat. Ini untuk memastikan calon yang akan dipilih oleh Pusat nanti boleh menang bagi Pas mempertahankan kerusi Sungai Bakap,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Muhammad Fauzi berkata, banyak perkara yang perlu dilihat dan diperhalusi sebelum pemilihan calon dibuat.
“Kita kaji banyak sudut antaranya personaliti calon itu sendiri sebab itu kita mengambil sedikit masa untuk memuktamadkan senarai nama calon.
Baca artikel lain: Pemuda maut selepas kereta langgar pembahagi jalan
“Mungkin kita akan serahkan (senarai nama) sebelum 6 Jun ini, tetapi tak tentu lagi lah. Yang pasti sebelum penamaan calon, kita sudah muktamadkan calon yang paling sesuai untuk bertanding,” katanya lagi.
Sebelum ini, Muhammad Fauzi menyatakan Pas Pulau Pinang akan memberi peluang kepada akar umbi untuk memberi cadangan calon yang bakal bertanding dalam PRK Sungai Bakap kelak.
Kata Muhammad Fauzi, calon anak tempatan akan diletakkan di kerusi DUN berkenaan berikutan pada pilihan raya negeri (PRN) lalu, kawasan itu ditandingi Pas dan meraih kemenangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

