SEORANG lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki melanggar pembahagi jalan di susur keluar Gombak dekat Jalan Lingkaran Tengah 2, malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Penguasa Kanan Bomba, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 11.33 malam.
Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Renault yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
“Seorang lelaki berbangsa India berusia 35 tahun telah keluar sendiri dari kenderaan manakala seorang lagi lelaki telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, mangsa telah diserahkan kepada pihak perubatan bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

