Skuad takraw terima insentif RM170,000 daripada MSN – Hannah

Dari Penulis

SKUAD sepak takraw lelaki negara menerima insentif khas daripada Majlis Sukan Negara (MSN) berjumlah RM170,000 berikutan kejayaan membanggakan memenangi dua pingat emas dan satu perak pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di ibu negara, minggu lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, MSN telah meluluskan yang pemain sepak takraw negara terutama acara double dan regu yang meraih pingat emas akan menerima sebanyak RM60,000.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh GAMBAR: Abd Razak Aid

Katanya, bagi acara berpasukan pula, pemain-pemain yang meraih pingat perak selepas tewas kepada Thailand menerusi keputusan 1-2 akan diberi ganjaran bernilai RM50,000.

“Ini adalah insentif khas daripada MSN, bukannya melalui SHAKAM (Skim Hadiah Kemenangan Sukan). Ini bukan kejohanan utama yang diletakkan PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) sebagai kejohanan utama.

“Namun, saya menggunakan budi bicara sebagai menteri untuk memberikan insentif khas ini kerana kita tahu Piala Dunia Sepak Takraw sangat besar maknanya untuk rakyat Malaysia dan atlet.

“Kita tahu atlet sudah bekerja keras untuk memenangi emas,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan kepulangan atlet boling padang para negara dari Kejohanan Dunia 2024 yang berlangsung di Afrika Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Diminta mengulas mengenai permintaan PSM untuk memiliki stadium sepak takraw sendiri, Hannah berkata, pihaknya bersama persatuan akan mengadakan perbincangan bersama universiti tempatan terutama soal kerjasama pembinaan stadium di tanah milik mereka.

“Kita ada 103 jenis sukan yang diwartakan, kalau boleh memang saya mahu padankan satu sukan itu ada tempat latihan sendiri tetapi untuk satu sukan dapat satu stadium agak sukar sebenarnya.

“Jadi, kita bersama persatuan berbincang dengan universiti kerana sekarang ini kita memang banyak jalinkan kerjasama dengan KPT (Kementerian Pengajian Tinggi).

“KPT ada banyak tanah untuk sukan dan bila tiada kejohanan pelajar-pelajar boleh gunakan. Saya rasa itu kaedah yang paling efektif,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This