Bapa kepada budak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman

Dari Penulis

Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang memandu sebuah kenderaan secara bersendirian di Sibu telah dikenakan tindakan saman oleh polis.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan kira-kira 6.50 petang semalam.

Beliau berkata kanak-kanak itu dan ibu bapanya dibawa ke Pejabat Trafik Polis Sibu untuk siasatan.

“Hasil siasatan mendapati pemandu kereta tersebut iaitu kanak-kanak lelaki berkenaan menghidap autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya polis mendapat maklumat berhubung video berdurasi 30 saat yang tular di laman sosial kira-kira 3 petang semalam, menunjukkan kanak-kanak berkenaan memandu kereta secara bersendirian di Jalan Kampung Nyabor di Sibu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This