Adriana Adnan tak boleh tinggal dunia pengacaraan, ‘podcast’ Ruang Terbuka beri peluang semua golongan berkongsi pendapat & pengalaman

Dari Penulis

PENGACARA dan pelakon Adriana Adnan kini menambah satu lagi pencapaian dalam kerjayanya dengan melancarkan podcast kendaliannya iaitu Ruang Terbuka.

Meskipun sudah tidak lagi bergelar hos program HLive, minat Adriana terhadao dunia pengacaraan masih kekal ‘tebal’.

“Saya memang dah berniat untuk teruskan dalam bidang pengacaraan selepas berhenti  dari program hiburan HLive.

“Sebab itulah timbulnya idea untuk kendalikan podcast Ruang Terbuka,” katanya kepada URTV.

Menurut Adriana, walaupun podcast ketika ini semakin popular, dia bagaimana ingin membawa kelainan dengan Ruang Terbuka di mana sesiapa sahaja boleh menjadi tetamu, tidak terhad kepada selebriti atau pempengaruh.

Setiap tetamu membawa cerita dan pengalaman unik mereka sendiri, yang memberikan warna dan variasi kepada setiap episod. 

“Saya mahu Ruang Terbuka menjadi tempat di mana semua orang merasa selesa untuk berkongsi cerita mereka, tidak kira siapa mereka.

“Walaupun banyak dah podcasters, ia masih benda yang bagus sebab orang akan ada pilihan untuk tengok mana satu.

“Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan pelbagai pandangan dan cerita, dan saya mahu podcast ini menjadi satu ruang yang selamat untuk semua orang berkongsi apa yang mereka rasa dan alami,” jelasnya.

Adriana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Ruang Terbuka di Damansara, baru-baru ini.

Dengan pelancaran Ruang Terbuka, Adriana tidak hanya meneruskan kerjaya hosnya, tetapi juga membuka ruang untuk dialog yang lebih mendalam dan bermakna. 

Ruang Terbuka mula ditayangkan sejak 23 Mac, setiap Rabu, jam 5 petang di saluran Youtube Adriana Adnan.

Bagi musim pertama, sebanyak lapan episod telah ditayangkan dengan mengupas pelbagai topik menarik.

Musim pertama Ruang Terbuka menampilkan tetamu-tetamu istimewa seperti Sheddy Ang, Cikgu Zizi Kirana, Liyana Jasmay, Aizat, Lisa, Hawa Ridzwana, Ahirie Ahiruddin, dan Syamimia. 

“Musim pertama kita dah ada ramai selebriti dan pempengaruh, jadi untuk musim kedua nanti saya nak berikan ‘spotlight’ kepada orang biasa pula,” katanya. 

Ini merupakan satu langkah yang sangat dinantikan oleh para penonton kerana ia memberikan platform kepada suara-suara yang kurang mendapat perhatian dalam media arus perdana.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This