MAJLIS Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden parti dalam pemilihan yang akan datang sebagai mematuhi ketetapan yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Khas BERSATU pada 25 November 2023.
BERSATU juga kekal mengikut Perlembagaan parti bagi menawarkan pertandingan untuk jawatan-jawatan lain, dengan syarat calon yang berhasrat untuk bertanding pada pemilihan Oktober ini perlu memohon kepada Majlis Pimpinan Tertinggi selari dengan Fasal 14.14 dan 14.16 Perlembagaan BERSATU.
Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini melalui satu kenyataan akhbar selepas parti mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan Muhyiddin semalam.
“Parti turut melantik Datuk Dr. Radzi Jidin serta Abdullah Omar Bledram sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Putrajaya dan Ketua Bahagian (Penaja) Labuan yang baharu,” kata Hamzah.
Menurut kenyataan itu, Majlis Pimpinan Tertinggi mengarahkan Setiausaha Agung untuk membuat tindakan susulan mengenai status tujuh wakil rakyat yang berpaling tadah,
“Pada masa yang sama, mesyuarat turut membincangkan banyak perkara melibatkan situasi terkini ekonomi negara, beban kos sara hidup rakyat yang tiada penyelesaian, isu penyasaran subsidi bahan api oleh kerajaan serta senario semasa politik negara yang meresahkan,” tambah Hamzah.
Selain itu, mesyuarat turut memutuskan tarikh-tarikh persidangan seperti berikut:
i) Cawangan 20 Julai – 31 Ogos 2024.
ii) Bahagian 12 – 26 Oktober 2024.
iii) Perhimpunan Agung Sayap
Bersekutu dan Srikandi Muda 28 November 2024.
iv) Perhimpunan Agung Sayap
Armada dan Srikandi 29 November 2024.
v) Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 30 November – 1 Disember 2024.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

