JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan program permohonan kewarganegaraan yang tular di media sosial tiada kaitan dengan penglibatan agensi kerajaan tersebut.
Jelasnya permohonan berkaitan kewarganegaraan hanya boleh dibuat di kaunter Pejabat JPN sahaja dengan kehadiran pemohon itu sendiri.
“JPN ingin merujuk hantaran yang tular di laman media sosial Facebook mengenai satu poster program permohonan kewarganegaraan.
“JPN ingin memaklumkan program yang dihebahkan tersebut adalah tidak melibatkan pihak Jabatan ini sama sekali. Ianya bukan anjuran bersama JPN, malah tiada jemputan penyertaan JPN ke program terbabit,” katanya dalam kenyataan.
JPN turut menegaskan pemberian taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.
Baca artikel lain: Haji 2025: Jemaah Malaysia disaran pelajari teknologi terkini telefon pintar
“Proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin,” katanya lagi.
Terdahulu, tular poster penganjuran program terbabit yang mengundang pelbagai pandangan negatif.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng di Facebook memaklumkan, taklimat dan penerangan kewarganegaraan anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang yang dijadualkan pada 30 Jun ini, ditangguhkan.
Dakwanya, taklimat berkenaan bertujuan menangani isu tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa dan sebab-sebab lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

