JPN jamin MyKad Struktur Baharu tak ganggu proses penebusan bantuan kerajaan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) memberi jaminan proses penukaran kad pengenalan kepada MyKad Struktur Baharu tidak akan mengganggu proses penebusan bantuan kerajaan yang menggunakan MyKad.

JPN memaklumkan akan memastikan senarai nama penerima bantuan yang sedia ada di dalam sistem kekal dan tidak tercicir semasa proses pertukaran ini.

Jelasnya, MyKad Struktur Baharu akan dilaksanakan Jun ini dan ia sama sekali tidak mengganggu proses penebusan bantuan kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI MADANI RON95 (BUD195).

“Kenyataan yang dikeluarkan ini bagi menjawab kegusaran segelintir pihak mengenai kemungkinan gangguan teknikal atau keciciran nama daripada senarai penerima bantuan susulan pelancaran MyKad Struktur Baharu pada bulan Jun ini.

“JPN telah menjalin kerjasama erat dengan pelbagai kementerian dan agensi penyalur bantuan bagi memastikan integriti data yang disalurkan tetap kekal lancar dan utuh.

“Proses migrasi maklumat akan berlaku secara automatik dalam sistem pangkalan data pusat, sekali gus memastikan bantuan akan diterima kepada penerima yang layak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata JPN, ciri keselamatan baharu pada MyKad Struktur Baharu akan memantapkan lagi proses pengesahan identiti penerima.

Katanya lagi, MyKad Struktur Baharu tetap menyokong ekosistem sedia ada yang digunakan untuk tujuan penyaluran subsidi dan bantuan.

“JPN memahami kebimbangan masyarakat, terutamanya golongan rentan yang bergantung kepada bantuan kerajaan.

“Fokus utama JPN adalah untuk meningkatkan keselamatan identiti rakyat dan tidak menyukarkan rakyat untuk menerima bantuan kerajaan yang diberikan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, rakyat dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan khabar angin atau maklumat palsu yang mendakwa bantuan akan dihentikan jika kad tidak ditukar dengan segera.

“Proses penukaran akan dilaksanakan secara berfasa dan makluman terperinci mengenai tatacara permohonan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau saluran rasmi media sosial JPN,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This