SEORANG lelaki maut, manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas merempuh jengkaut dalam nahas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Bukit Dumbar awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di belakang tempat duduk penumpang depan.
“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.16 pagi dan terus ke lokasi kejadian sebelum mendapati kemalangan jalan raya melibatkan kereta Proton Saga yang telah terbabas dan melanggar sebuah jengkaut, ada empat orang dalam kereta itu.
Baca artikel lain: Bersatu bersedia bantu Pas kekalkan kerusi Sungai Bakap
“Dua lelaki mengalami kecederaan ringan, seorang wanita pula yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital manakala seorang lagi lelaki tersepit di ruang penumpang belakang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pasukan bomba dengan menggunakan peralatan khas dalam masa 15 minit sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
– BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

