PAS meminta DAP membuat penjelasan berhubung program taklimat kewarganegaraan yang tular di media sosial kerana ia disifatkan sebagai tindakan membakar negara.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara serta Kementerian Dalam Negeri dan bukannya sebuah parti politik.
“Tindakan parti DAP yang sedang giat mengadakan program taklimat untuk kewarganegaraan sekali gus memudah cara untuk mendapatkan kerakyatan adalah merupakan satu tindakan bahaya dan boleh diumpamakan sedang membakar negara.
“DAP wajib menjelaskan secara terperinci apakah langkah yang dilakukan oleh individu bernama Yeap Choon Keong yang mendakwa dirinya ialah Pengarah Program Kewarganegaraan DAP Pulau Pinang yang telah berjaya membantu mendapatkan kerakyatan untuk beberapa individu.
Baca artikel lain: Bersatu bersedia bantu Pas kekalkan kerusi Sungai Bakap
“Mengikut data di dalam media sosialnya sendiri, pada bulan Mei 2024, sebanyak 6 kes berjaya diselesaikan, 5 kes pada bulan April dan 3 kes pada bulan Mac yang lepas,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau pada masa sama memberi amaran kepada pihak yang membakar negara ini kerana mereka bakal berdepan dengan tindakan undang-undang di kemudian hari.
Terdahulu, tular poster penganjuran program terbabit yang mengundang pelbagai pandangan negatif.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng di Facebook memaklumkan, taklimat dan penerangan kewarganegaraan anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang yang dijadualkan pada 30 Jun ini, ditangguhkan.
Dakwanya, taklimat berkenaan bertujuan menangani isu tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa dan sebab-sebab lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

