PENDAKWAH terkenal, Don Daniyal Don Biyajid atau dikenali sebagai Ustaz Don mengakui terkhilaf dalam berkata-kata namun berlapang dada dengan ujian didepaninya dalam menegakkan syiar Islam.
Graduan Universiti al-Azhar di Mesir itu malah mengakui amat menghormati pandangan ulama yang pakar dalam hal ehwal khususnya hadis dan akan mematuhi arahan ulil amri (pemerintah) selagi ia tidak bercanggah dengan Islam.
Beliau turut menyatakan telah mengadakan pertemuan singkat dengan wakil Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan UStaz Fawwaz Fadhil hari ini bagi mereka saling berkongsi pandangan dalam suasana yang harmoni.
Sebelum itu, Ustaz Don mentaan beliau reda dengan keputusan dan arahan daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk merehatkannya daripada bersiaran dalam program Salam Baitullah.
“Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan atas keprihatinan semua orang atas apa yang berlaku.
“Setakat hari ini, saya berlapang dada dengan keputusan dan arahan daripada pihak RTM,” katanya.
“Perkara ini saya selalu tekankan dalam mana-mana keadaan,” katanya dipetik Kosmo!.
Baru-baru ini, Ustaz Don menjadi kontroversi ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW apabila menyatakan baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali.
Kenyataan itu mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak yang mempertikaikan kesahihan dakwaan Ustaz Don di samping Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kemudian turut mengeluarkan kenyataan menjelaskan kekeliruan dilakukan personaliti terbabit.
Berikutan itu, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menyatakan Ustaz Don direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

