MyCC laung amaran banteras aktiviti kartel

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC) melaungkan amaran akan bertindak balas terhadap sebarang tanda herotan pasaran terutamanya aktiviti kartel.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, MyCC akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Kewangan dalam mendapatkan akses kepada data penting berhubung perkara tersebut.

Tegas Iskandar, MyCC mengambil maklum mengenai kewujudan persaingan dalam pasaran yang berkaitan dalam negara ketika ini.

Katanya, MyCC akan terus memantau dengan teliti sebarang tingkah laku anti-persaingan yang boleh merosakkan negara.

“MyCC akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang didapati terlibat dalam tingkah laku kartel atau pakatan harga, yang menjejaskan integriti pasaran yang boleh menjejaskan pelaksanaan subsidi bersasar ini. 

“Kami akan bertindak tanpa rasa gusar atau pilih kasih terhadap pemain-pemain di mana-mana peringkat rantaian bekalan yang menunjukkan tanda-tanda menghalang, menyekat atau mengganggu-gugat persaingan dalam pasaran untuk barangan atau perkhidmatan. 

“Untuk mengukuhkan kesediaan dan usaha kami, sumber khas telah didedikasikan kepada MyCC bagi menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam tingkah laku sabotaj ekonomi yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Iskandar berkata, MyCC komited untuk memastikan amalan pasaran yang kompetitif dan bebas kartel.

Penegasan itu susulan pengumuman KPDN dan Kementerian Kewangan berhubung pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 10 Jun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This