Selepas sebulan bersalin, Shila Amzah dedah wajah anak -“Muka banyak ikut papa tapi dagu tetap milik mama”

Dari Penulis


PENYANYI, Shila Amzah mengungkapkan kegembiraannya selepas genap sebulan melahirkan anak sulung bersama suami iaitu Ubai Zulkefli yang juga merupakan seorang selebriti media sosial.

Ujar Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 34, bayi perempuannya itu telah mencapai berat badan sebanyak empat kilogram (kg) serta menyifatkan wajah anaknya itu mirip dengan suaminya.

“Hari ini genap usia Rhea Akira sebulan. Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya.

“Gambar tutup mata adalah foto terkini Rhea yang beratnya sudah mencecah 4 kg Gambar sebelah lagi ketika baru lahir iaitu 2.84 kg.

“Muka banyak ikut papa dia, Ubai tapi dagu tetap milik mama,” katanya.

Shila berkongsi kenyataan tersebut menerusi Instagram miliknya. 

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruang komen, Ubai, 26, menzahirkan kegembiraannya serta mendoakan agar anaknya itu tumbuh menjadi seorang yang hebat.

“Anak papa yang hebat,” ujarnya.

Shila berkahwin dengan Ubai atau Ubaidillah Zulkefli pada Ogos tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan keduanya.

 Menerusi pernikahan terdahulu, Shila pernah bernikah dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 dan memiliki seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. 

Mereka bercerai pada 8 Februari 2022 setelah empat tahun bersama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This