ARAHAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat satu ketetapan bahawa setiap ketua jabatan mesti melaporkan perbuatan salah laku dalam jabatan atau tidak akan dinaikkan pangkat bertujuan memperkukuh pelaksanaan sistem laporan.
Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dalam kenyataan berkata, sistem laporan bagi penjawat awam melaporkan perbuatan salah laku itu sebenarnya sudah lama wujud.
Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan sistem berkenaan tidak dilaksanakan dengan sebaiknya.
Justeru, MCW berpandangan arahan terbaharu Perdana Menteri itu bertujuan untuk memperkukuh pelaksanaan sistem laporan tersebut.
“Arahan dan panduan diberikan oleh Perdana Menteri adalah langkah yang penting untuk memperkuatkan integriti dalam perkhidmatan awam.
“Dengan memastikan setiap ketua jabatan bertanggungjawab melaporkan kesalahan, diharapkan isu integriti dan rasuah dapat ditangani dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, MCW berpendapat beberapa langkah lain perlu dilaksanakan bagi membendung kegiatan salah laku dalam kalangan penjawat awam termasuk integriti dan ketegasan ketua jabatan.
Baca artikel lain: Penyasaran subsidi demi selamatkan negara – PM
“Terdapat segelintir pegawai yang tidak berintegriti dan lemah dari segi pegangan agama. Ini bukan sahaja melibatkan orang Melayu tetapi juga bangsa lain.
“Ketua jabatan perlu bertindak tegas terhadap pegawai yang gagal melaporkan kes rasuah dan salah laku.
“Tindakan tatatertib harus diambil ke atas ketua jabatan yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik seperti ditetapkan dalam Para 3(1)(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 2022 (Pindaan),” katanya.
MCW turut mencadangkan supaya tanggungjawab berlapis diperkukuh di setiap peringkat jawatan perkhidmatan awam.
Jelasnya, tanggungjawab untuk memastikan disiplin dan kepatuhan terhadap perintah dan arahan diturunkan melalui pelbagai peringkat daripada penjawat awam sendiri sehingga ke pengarah dan ketua pengarah.
“Ada kemungkinan bahawa semua pegawai tidak terlibat atau semua terlibat dalam kegagalan melaporkan dan menangani rasuah serta salah laku.
“Oleh itu, penting untuk memastikan setiap peringkat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan untuk mencegah dan menangani masalah ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

