Indeks Persepsi Rasuah: Keputusan cermin usaha banteras rasuah belum cukup bawa perubahan – MCW

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPUTUSAN Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 yang menunjukkan Malaysia kekal di tangga ke-57 mencerminkan bahawa pembanterasan rasuah masih belum cukup membawa perubahan ketara dalam persepsi global terhadap tadbir urus negara.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim dalam kenyataan menegaskan, Indeks Persepsi Rasuah bukan sekadar mengukur keberkesanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pendakwaan kes berkaitan rasuah.

Menurut beliau, naratif Indeks Persepsi Rasuah itu turut mengambil kira aspek tadbir urus secara menyeluruh.

Jais memberitahu, ia termasuk reformasi undang-undang iaitu mengenai kecekapan dan ketelusan sistem perundangan dalam memastikan keadilan dan integriti.

“Selain itu, CPI juga mengambil kira ketelusan pentadbiran dan birokrasi dengan mengurangkan kerenah birokrasi serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

“Pada masa sama, ia turut melibatkan daya saing dan produktiviti ekonomi dengan mewujudkan persekitaran ekonomi yang telus dan bebas daripada pengaruh korupsi.

Baca artikel lain: Malaysia kekal kedudukan ke-57 Indeks Persepsi Rasuah Global 2024

“CPI turut melibatkan kestabilan politik dan dasar awam berhubung keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap pentadbiran kerajaan.

“Perlindungan terhadap pemberi maklumat dengan memastikan individu yang melaporkan salah laku dilindungi sepenuhnya turut diambil kira,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, Jais berkata, kedudukan Malaysia yang kekal di tangga ke-57 memberi isyarat bahawa reformasi struktur masih belum cukup berkesan.

Justeru, katanya, MCW menyeru kerajaan mempercepat agenda reformasi institusi, memperkukuh mekanisme pemantauan serta meningkatkan ketelusan dalam pengurusan sumber awam.

“MCW juga menggesa agar perbincangan mengenai CPI tidak hanya tertumpu kepada rasuah semata-mata tetapi merangkumi aspek tadbir urus (governance) secara menyeluruh.

“Jika Malaysia ingin melonjak dalam kedudukan CPI pada masa hadapan, perubahan yang lebih mendalam perlu dilakukan dalam semua sektor pentadbiran dan ekonomi negara,” katanya.

Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 kekal di tangga ke-57, sama seperti 2023, menurut Transparency International Malaysia (TI-M).

Presiden TI-M, Dr Muhammad Mohan pada pengumuman kedudukan Malaysia dalam indeks berkenaan hari ini, berkata skor negara juga tidak berubah tahun lepas, iaitu 50 mata.

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia berada pada kedudukan kedua terbaik selepas Singapura yang memperoleh 84 mata, diikuti Vietnam dengan 40 mata, serta Indonesia (37), Thailand (34), Filipina (33), Laos (33), Kemboja (21) dan Myanmar (16).

CPI itu berdasarkan 13 tinjauan dan penilaian pakar yang mengukur tahap persepsi rasuah dalam sektor awam di 180 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This