JAWATANKUASA-JAWATANKUASA yang diwujudkan di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dinilai dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Perkara itu menurut Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) penting bagi memastikan keberkesanan jawatankuasa berkenaan.
Jelas MCW, keberkesanan jawatankuasa berkenaan bergantung kepada sejauh mana ia dapat berfungsi dengan bebas, telus, dan tegas dalam menjalankan tugas mereka.
“Penilaian prestasi jawatankuasa-jawatankuasa ini sebaiknya dilakukan oleh badan bebas yang mempunyai kredibiliti tinggi seperti Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) atau badan audit bebas yang diiktiraf.
“Penilaian oleh badan bebas ini akan memastikan ketelusan dan objektiviti dalam menilai keberkesanan dan prestasi jawatankuasa-jawatankuasa tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, MCW berkata, Multi-Agency Task Force mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan keberkesanan dalam membanteras rasuah melalui kerjasama antara pelbagai agensi.
Begitupun, jelas MCW, agensi-agensi berkenaan perlu mempunyai komunikasi yang jelas, koordinasi yang baik dan penetapan tanggungjawab yang tegas bagi mereka yang terlibat.
“MCW tidak mengesyorkan penubuhan jawatankuasa baru tetapi lebih kepada memperkukuhkan jawatankuasa sedia ada dengan menambahbaik mekanisme pemantauan dan penilaian.
“Penubuhan jawatankuasa tambahan boleh menyebabkan pertindihan tugas dan kekeliruan dalam tanggungjawab.
“Sebaliknya, MCW menyarankan peningkatan sumber dan kuasa kepada jawatankuasa sedia ada, serta memastikan mereka dilengkapi dengan keupayaan dan kebebasan yang mencukupi untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

