KKM dalam proses siasat kes keracunan makanan

Dari Penulis

INSIDEN seorang pelajar Tingkatan Lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia akibat keracunan makanan pada Isnin masih dalam proses siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata perkara itu masih lagi dalam semakan KKM dan pihak ibu pejabat akan mengeluarkan kenyataan mengenainya nanti.

“Perkara tersebut akan dijawab oleh Bahagian Kesihatan Awam dan pihak ibu pejabat akan mengeluarkan kenyataan tersebut. Buat masa ini, ia masih lagi dalam semakan dan siasatan,” katanya selepas lawatan kerja di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang, hari ini.

Baca artikel lain: PM Singapura mulakan lawatan rasmi ke Malaysia, kukuh hubungan dua hala

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Rusdi Abd Rahman.

Hari ini, media melaporkan bahawa polis mengesahkan menerima dua laporan kes kematian melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun yang meninggal dunia disyaki akibat keracunan makanan yang diambil daripada sebuah sekolah agama di Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dipetik berkata remaja itu telah menjamah makanan yang dibawa balik ibunya selepas menghadiri program keagamaan di sekolah berkenaan Sabtu lepas.

Beliau berkata, selepas memakan makanan tersebut, mangsa serta ibu bapanya telah mengalami cirit-birit dan pada 1.30 tengah hari semalam mangsa tidak sedarkan diri, sementara mangsa kedua pula memakan makanan yang dibawa oleh bapanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah tersebut pada Sabtu dan didapati demam, muntah-muntah serta cirit-birit sekitar 10.45 pagi semalam.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang bagi tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut Noor Ariffin, makanan dalam kedua-dua kes dikenal pasti sebagai bihun goreng dan telur.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This