Remaja maut, dua lagi parah kemalangan tiga motosikal di Pasir Puteh

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan tiga motosikal di Jalan Jerus-Kok Lanas (dalam pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama) dekat Pasir Puteh pada pukul 7.40 malam tadi.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/6085

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kemalangan berlaku apabila dua motosikal Honda EX5 yang ditunggang lelaki berusia 18 dan 21 tahun hilang kawalan.

Beliau berkata, kedua-dua motosikal EX5 itu kemudian telah melanggar dengan sebuah motosikal jenis Honda RS yang ditunggang mangsa berusia 17 tahun.

Katanya, akibat daripada rempuhan itu, dua motosikal telah jatuh di atas jalan sebelum dirempuh oleh EX5 yang ditunggang lelaki berusia 21 tahun.

“Kedua-dua penunggang EX5 mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Machang serta Hospital Universiti Sains Malaysia.

“Sementara penunggang Honda RS maut di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Forensik Hospital Tengku Anis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Firdaus Adzmi di talian 011-11101606.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This