AADK nafi langgar SOP penahanan OYDS di Cheras

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) menafikan dakwaan terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam satu Op Pengesanan Perdana di Cheras, 11 Jun lalu.

AADK dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya mengakui tindakan dokumentasi telah mengambil masa tertentu disebabkan jumlah bilangan tangkapan dibuat pada kadar yang ramai.

Begitupun, jelas AADK, proses penahanan individu tersebut adalah tidak melebih tempoh 24 jam dan masih mematuhi SOP yang ditetapkan dalam APD (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“AADK ingin merujuk kepada kes yang tular dalam sosial media aplikasi X akaun milik Syaida Ilmuna yang disiarkan hari ini berkenaan ketidakpuasan hati keluarganya terhadap cara kendalian tangkapan terhadap orang yang disyaki (OYDS) menagih dadah dalam satu Operasi Pengesanan Perdana AADK Wilayah Persekutuan pada Selasa.

“Berdasarkan ciapan itu, beliau mendakwa tindakan penahanan OYDS yang dilaksanakan AADK adalah melanggar SOP penahanan di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” jelas AADK.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, AADK memaklumkan, satu Op Pengesanan Perdana telah dilaksanakan AADK Daerah Cheras atas maklumat penagihan dan aktiviti penagihan penyalahgunaan dadah di Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Menurut AADK, dalam tindakan pengesanan OYDS di kawasan itu, AADK Daerah Cheras telah menahan seorang individu yang diklasifikasikan sebagai OYDS dengan SOP yang betul iaitu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa AADK. 

“Pun begitu, ketika penahanan OYDS itu dilakukan, terdapat seseorang yang berada di lokasi yang sama dalam keadaaan yang mencurigakan dan apabila pegawai AADK cuba mendekati individu tersebut dan memperkenalkan diri, dia bagaimanapun bertindak melarikan diri. 

“Tindakan itu menimbulkan kecurigaan yang munasabah sehingga membawa kepada penangkapan individu berkenaan,” kata AADK.

AADK memamklumkan, selepas kedua-dua ditahan, pegawai AADK telah mempamerkan sekali lagi kad kuasa dan ketika semakan dalam sistem MyAADK dibuat, seorang daripada individu tersebut telah menolak seorang pegawai AADK bagi cubaan melarikan diri buat kali kedua.

“Tindakan itu membawa kepada penahanannya dan di bawa ke Pejabat AADK Daerah Cheras untuk tindakan dokumentasi dan ujian-ujian tertentu bagi mengenalpasti sama ada penagih ataupun tidak.

“Selepas urusan dokumentasi dan keputusan ujian saringan awal air kencing mendapati seorang daripadanya negatif, individu itu dibebaskan,” kata AADK.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This