Lelaki kantoi intai wanita dalam tandas direman empat hari

Dari Penulis

SEORANG lelaki direman empat hari selepas dipercayai mengintai seorang wanita di dalam tandas dekat sebuah pusat membeli-belah di Jalan Flora Utama, Batu Pahat, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa seorang wanita berusia 28 tahun yang berada di dalam tandas telah melihat seorang lelaki sedang mengintainya.

Beliau berkata, suspek didapati mengintai dari bahagian ruang bawah dinding pemisah antara tandas bersebelahan dengan tandas mangsa.

“Mangsa telah bertindak menjerit meminta tolong dan turut menjirus air paip ke arah muka suspek.

“Pengawal keselamatan bertugas telah berjaya menahan suspek yang bersembunyi dalam bahagian tandas sebelah tandas mangsa dan kemudiannya suspek telah diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, suspek berusia 24 tahun itu direman selama empat hari sehingga Isnin.

“Sehingga kini pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai kad rawatan Orang Kurang Upaya (OKU),” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan melanggar kesopanan di mana jika sabit kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This