Tindakan dedahkan butiran kes Zayn Rayyan ganggu siasatan polis – Saifuddin

Dari Penulis

TINDAKAN mendedahkan butiran yang didakwa siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin boleh mengubah tanggapan umum dan menganggu siasatan polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar berpandukan maklumat sahih daripada pihak berkuasa dan bukan sumber yang tidak sahih.

“Apa pun yang menjadi panduan kita, biarlah daripada sumber pihak berkuasa. Maksudnya, dan jaminan yang diberikan oleh pihak polis, baik Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) atau Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain), berulang kali dalam kes Zayn Rayyan.

“Peristiwa itu sudah berlaku beberapa bulan yang lepas, dan dengan perkembangan terbaharu, tentulah dalam proses ini pihak polis (melibatkan) apa sahaja penemuan bukti baharu (akan melakukan siasatan), itu prinsip siasatan kes pembunuhan.

“Jadi dalam perkara ini, saya kata beri ruang kepada pihak polis. Kalau nanti ada di sana dikatakan bocor maklumat dan sebagainya, dia mengubah atau mencipta sentimen sendiri dalam kalangan awam, dan itu memang menganggu siasatan polis,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, seperti ditegaskan Perdana Menteri, siasatan melibatkan kes Zayn Rayyan dan insiden simbahan asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim perlu dilakukan secara profesional dan mengikut lunas undang-undang.

“Perdana Menteri nak, ia dilakukan dengan cermat dan hati-hati dan jangan berlaku elemen-elemen yang mencacatkan kualiti penyiasatan.

“Sentiasa ingat bahawa harapan rakyat terutama kes berprofil tinggi adalah tinggi. Mereka mahu individu yang bertanggungjawab itu segera diambil tindakan,” ujarnya.

Saifuddin Nasution menambah, tiada sebarang keraguan terhadap kompetensi pihak polis untuk menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This