SEBANYAK 10 syarikat yang mengumumkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan susulan penyasaran subsidi diesel telah pun dipanggil memberi penjelasan berhubung tindakan tersebut.
Memetik laporan Sinar Harian Online, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memberitahu, siasatan awal mendapati permohonan fleet card empat daripada 10 syarikat itu telah diluluskan tetapi telah mengeluarkan notis bagi kenaikan barang dan perkhidmatan ditawarkan.
Beliau berkata, baki enam syarikat lagi pula mempunyai kenderaan yang tidak termasuk dalam senarai Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0.
“Tiga syarikat masing-masing dalam sektor pengangkutan dan pembinaan serta empat lagi dari sektor minuman dan sewaan jentera telah dikenakan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
“Dua syarikat telah dipanggil semalam (Khamis) dan selebihnya akan menyusul mengikut jadual,” katanya dalam sidang media hari ini.
Baca artikel lain: Penyasaran subsidi diesel tepat tapi perlu ambil kira kos sara hidup rakyat – Ahmad Samsuri
Mengulas lanjut, Armizan berkata, setiap syarikat telah diminta memberi perincian maklumat termasuk dokumen berhubung penawaran perkhidmatan atau penjualan barangan bagi tujuan penyediaan analisis pencatutan.
Beliau turut memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang dan perkhidmatan menerusi elemen pencatutan susulan penyasaran subsidi diesel yang dilaksana kerajaan.
“Kegagalan untuk menghadirkan diri juga boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 57 Akta 723.
“Mana-mana pihak yang didapati mengambil kesempatan dengan melakukan manipulasi harga akan dikenakan tindakan yang tegas di bawah mana-mana peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kementerian terutamanya di bawah Akta 723,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

