PENYASARAN subsidi diesel yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan ketika ini disifatkan langkah tepat dan berani.
Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar seperti dilapor Harian Metro Online, hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Samsuri menegaskan, pelaksanaan penyasaran subsidi itu yang berkuat kuasa Isnin lalu itu perlu mengambil kira kos sara hidup rakyat.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan supaya kaedah penyasaran itu diteliti secara mendalam bagi mengurangkan kesan berangkai kepada rakyat.
Katanya, kesan berangkai itu telah mula dirasai apabila pemain industri mula mengumumkan kenaikan harga barangan.
“Kita sedar penyasaran subsidi memang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan tanpa disedari, termasuk oleh syarikat yang tiada kaitan dengan kita.
Baca artikel lain: Harga diesel Malaysia naik, aktiviti seludup minyak lumpuh di Selatan Thai
“Tetapi Kerajaan Persekutuan perlu mengambil kira dan mengutamakan kesan, terutamanya kos sara hidup rakyat.
“Ini adalah satu cabaran sangat besar Kerajaan Persekutuan untuk menanganinya.
“Persoalan ini yang saya rasa tidak mudah untuk diselesaikan, tetapi saya mengucapkan selamat berjaya kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Isnin lalu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan pengapungan diesel pada harga RM3.35 sen seliter, berbanding hanya RM2.15 sen seliter.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, penyelarasan subsidi diesel itu mampu menjimatkan RM4 bilion setahun dan akan memberi ruang fiskal lebih luas kepada kerajaan untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

