KERAJAAN MADANI akan terus memastikan kebajikan serta kemudahan anggota keselamatan diberi keutamaan.
Jaminan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang ditegaskan dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Ia selepas lawatan mengejut Setiausaha Politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili Perdana Menteri ke Balai Polis Beserah, Kuantan, baru-baru ini.
Menurut Perdana Menteri, beliau telah meminta Ahmad Farhan meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti asas di balai itu untuk memberi keselesaan kepada para petugas.
“Baru-baru ini Setiausaha Politik, saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya mengadakan lawatan mengejut ke Balai Polis Beserah.
“Saya telah meminta saudara Farhan untuk meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti asas di balai tersebut bagi memberi keselesaan kepada para petugas.
Baca artikel lain: Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel – PM
“Insya-Allah, saya memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI akan terus memastikan kebajikan serta kemudahan anggota keselamatan akan terus diberi keutamaan,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.
Pada 15 Julai 2023, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Penjara di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM45 juta diluluskan untuk pembaikan dan perolehan 117 pos kawalan Pasukan Gerakan Am, RM40 juta untuk infrastruktur berkaitan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCom) dan RM50 juta bagi penyelenggaraan kuarters PDRM.
Semasa pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM500 juta bagi menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera Malaysia serta membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuk PDRM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

