POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang kakitangan bank bagi membantu siasatan kes kehilangan akaun simpanan tetap melibatkan kerugian RM24.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamad berkata, suspek berusia 38 tahun itu telah ditahan di Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.
Jelas beliau, siasatan setakat ini mendapati terdapat penglibatan ahli sindiket bagi urusan pengeluaran wang berkaitan.
Katanya, hal itu memandangkan urusan pengeluaran wang itu hanya boleh dilakukan melalui pakatan dalaman.
“Hasil serbuan yang dijalankan, polis telah merampas tiga unit telefon bimbit beserta kad sim, lapan kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, wang tunai RM4,400 dan sebuah komputer riba.
“Kita telah menerima empat laporan polis berkait kehilangan wang dari akaun simpanan tetap di Petaling Jaya, Selangor pada awal Jun,” katanya dalam kenyataan.
Mengilas lanjut, Ramli berkata, pengadu terdiri daripada pemilik akaun dan kakitangan bank memaklumkan terdapat penheluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu melibatkan beberapa akaun simpanan tetap di bank tersebut.
Katanya, kesemua pemilik akaun yang terlibat menafikan pengetahuan mereka tentang perkara tersebut selain tidak pernah ke Kota Kinabalu bagi membuat pengeluaran sebagaimana didakwa.
“Kes ini disiasat mengikut Sekyen 420 Kanun Keseksaan dan dilaksanakan dengan sebaiknya selaras dengan peruntukan undang-undang bagi memastikan pelau yang terlibat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

