KETUA Pemuda Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dilaporkan cedera selepas terkena pisau ketika menyembelih korban di Kampung Matang, Kuala Berang, pagi tadi.
Memetik laporan BH Online, Ketua Pemuda Pas DUN Telemong iaitu Mohamad Yusuf Abdullah cedera pada betis kanan akibat terkena pisau pada pukul 9.30 pagi tadi.
Menurut laporan itu, pisau yang dipegang Mohamad Yusuf tertusuk betis selepas lembu korban meronta secara tiba-tiba.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Telemong, Mohd Safari Abu memaklumkan, Mohamad Yusuf telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk mendapatkan rawatan.
Baca artikel lain: Lima cedera ringan selepas bas terbabas di Jalan Duta
Bagaimanapun, kata beliau, Ketua Pemuda Pas DUN Telemong itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
“Sudah menjadi rutin bagi Mohamad Yusuf dijemput menyembelih korban di beberapa kampung dalam DUN Telemong setiap kali Aidiladha.
“Pada sesi pagi tadi, lembu pertama telah disembelih dengan lancar tetapi lembu kedua meronta secara tiba-tiba,” menurut laporan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

