Penganggur ditahan selepas rosakkan tombol pintu rumah milik tentera

Dari Penulis

SEORANG penganggur ditahan selepas merosakkan tombol pintu rumah milik seorang anggota tentera di sebuah kondominium dekat Jalan Persiaran Ampang Ukay.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata laporan telah dibuat oleh pengadu pada pukul 9 malam hari Khamis lepas.

Beliau berkata, pengadu dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bahawa tombol pintu rumah telah kemik dan rosak akibat perbuatan khianat oleh suspek yang juga penghuni di kondominium tersebut.

“Seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun telah ditahan di Jalan Persiaran Ampang Ukay pada pukul 10.15 malam hari Jumaat.

“Turut dirampas satu batang besi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau dan disyaki mengalami masalah mental.

Katanya, suspek dibenarkan reman sehingga Selasa dan disambung reman sehingga Jumaat ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This